Sunday 19 June 2016

Seni Memang Jiwa Aku

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku terlalu minat dengan seni. Pantang nampak buku kaler-kaler atau pensil warna, tahap keterujaan aku akan melambung tinggi. Rasa macam nak duduk dan mewarna dekat dalam kedai tu juga.

Dari zaman tadika sampailah masuk tingkatan tiga, emosi aku sangat stabil setiap kali tibanya kelas pendidikan seni. Tapi bila melangkah kaki ketingkatan empat, semua tu tinggal mimpi. Hidup seharian aku dihantui dengan subjek-subjek yang menyakitkan kepala dan hati terutamanya add math. If you do love add math, jangan bincang dengan aku tentang soalan-soalan dia.

Lepas dapat result spm, aku terus isi borang upu dan pilih law dekat asasi UIA. Tapi kena reject dua kali, takpe. Aku pasrah dan tak isi apa-apa lagi dah. Tiba-tiba dapat tawaran course banking dari Kolej Islam Antarabangsa. Rezeki depan mata jangan kau tolak, grab je!

Sekarang dah habis diploma, aku sambung semula minat aku dalam bidang seni. Lima (5) tahun aku tak pegang pensil dan tak praktis melukis, maka hancurlah kertas tu bila dipadam banyak kali. Aku tak putus asa, setiap hari aku cuba lukis. Aku cuba buat mata, paling susah adalah eyelashes. Bila dah okey sikit, mak aku belikan pensil HB dan 5B.

HB sangat sesuai untuk buat garisan halus, contohnya untuk lukis secara kasar sebelum kita cover dengan warna yang lebih gelap. Pensil 5B pula aku guna untuk lukis benda yang beralun macam rambut.

Antara gambar-gambar yang aku lukis adalah :


Hah ni lukisan pertama yang aku buat selepas 2 bulan tamat pengajian. It's Chloe Grace Moretz. Bangga jugalah walaupun tak lengkap dengan bibir. Sebab masa tu, cuma ni je yang aku reti. Korang tengoklah pensil dengan pemadam pun aku guna yang lama punya. Tak nak bazir-bazir beli yang baru, lagipun untuk praktis je.

The second one is Gigi Hadid. Sebenarnya aku tak tahu pun yang kitorang sama umur. Acah-acah macam dia kenal aku pula kan nak ber-kitorang-kitorang bagai, adoi..

Kasi nampak tanda tangan aku dalam tulisan korea. Unik tak, unik tak?



Selesai dengan Gigi, Taylor Swift pula. Rambut dia tak berapa nak betul lagi aku buat. Tapi aku rasa bibir dengan hidung dia jadilah sikit, Sikitlah.

Tiba-tiba aku rasa macam nak lukis gambar lain pula. So cari punya cari dekat google, aku jumpa Lucky Blue. Masa nilah aku rasa macam susahnya nak melukis. Aku bagi 45% over hundred.



Cubaan pertama.

Cubaan kedua yang ni. Time ni mak aku dah belikan pensel HB dengan 5B. Best gila aku rasa sebab pensil dia smooth sangat, sesuai untuk bahagian rambut.


Aku terkejut bila kawan dia tinggalkan komen dan hit liked gambar ni. She is one of a popular model.


Yang dalam box merah tu komen dia, that means "beautiful profile." Thank you, Catherine Poulain @ Official_cat  :)


Yang ni gambar kawan baik aku sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Punyalah besar gambar dia aku lukis, muat-muat kertas tu. Takut juga tak jadi, nasib dia kata okey hahaha

Aku harus mengaku, walaupun boleh melukis, tapi aku tak mahir. Jadi jangan beranggapan bahawa aku boleh lukis macam-macam gambar. Jangan suruh aku lukis bunga, nanti hancur rupa asal dia.

Beria tak? Pensil pun nak join sekali.

Thank you for reading this entry!

Saturday 18 June 2016

Kucing, Kucing dan Kucing

Assalamualaikum

Sepanjang aku bela kucing, tak pernah lagilah dapat kucing sedegil dia ni. Aku cakap betul, perangai dia memang lain macam. Bila datang mood tak baik dia, kau jangan berani-berani nak usik kepala dia atau main tangan dia. Berdarah weh nanti.

Hah! Dia punya gigit tak lepas, aku syak sebab lapar sangat agaknya. Padahal dalam rumah ni, muka dia je yang asyik minta makan. Sedap sangat aku rasa makanan dia, nantilah aku try sikit.

Perkenalkan si degil tu, Bon. Mak aku panggil Dabong hahaha. Dia banyak nama tau, Bedabong ada, Ibong, Makbong (sebab dah jadi mak-mak kann)

She is a mixed of bengal & tabby


Suka betul habiskan masa dekat balkoni tengok burung gagak yang menyakat dia. Nak tangkap tak boleh, kau mana reti terbang. Risau juga dengan budak ni, kadang-kadang membulat mata dia kalau burung tu terbang secara berkumpulan. Aku bukan apa, takut dia terjun je.

Pagi tadi pula, anak-anak dia mengacau aku dekat dapur masa nak mengemas. Semua pakat dok panjat rak kentang yang mak aku letak dekat lantai. Bila aku intai, semua dah baring dalam tu.

Jadi dengan cadangan mak aku, aku pun basuh bekas tu then letakkan kain. Dah jadi katil..


Katil atas tu, kainnya mak aku beli dekat Kaison, KL Festival untuk buat lapik diorang tidur. Comel kan warna warni macam aiskrim. Harga cuma RM10, tuala baby sebenarnya. Tapi rumah ni cuma ada baby kucing.


Nama dia Comel. Satu-satunya perempuan dalam adik beradik dia, aku suka panggil dia perempuan sebab lembut sangat. Suara halus, muka kecik.


Yang putih ni si degil macam mak dia hahaha. Aku geram betul, gigi dengan kuku tajam sungguh. Nama dia asalnya shiro, tapi tertukar jadi Uteh. Sebelah kanan ni Mongek, aku kesian sebenarnya panggil dia macam tu. Tapi muka dia macam kucing aku sebelum ni, nama Mongek juga. Dia ni baik sikit, jarang degil.


Ya Allah, dia kalau dah bangun, kau jangan harap nak merasa ketenangan. Suara macam guna mikrofon. Dia kena buli dia jerit, dia buli adik beradik dia pun dia yang jerit. Aku tak faham sungguh! Nama dia shy sebab macam ada misai. Nama glamour Dugui :D


HHAHAHAHA aku tak bolehlah tengok gambar ni. Makbong marah Uteh panjat-panjat sebab dia nak mandikan budak tu. Ni masa baru berapa minggu. Oh ya, diorang lahir 4 Mei 2016. Welcome to the world babies

Thank you for reading this entry!

Friday 17 June 2016

Tips Untuk Lulus Peperiksaan Bagi Subjek Yang Membosankan. (Kolej)

Assalamualaikum. Pada bulan yang mulia ni, aku ada tips nak kongsi dengan semua terutama sekali pelajar-pelajar kolej.

Memandangkan aku dah berjaya tamat pengajian hujung tahun lepas, aku ambil Islamic Banking & Finance. Entah macam mana boleh lulus, aku pun tak tahu. Tapi rezeki Allah bagi, Alhamdulillah. Jadi antara tips yang aku ada adalah :

1. Niat

Sebelum keluar rumah atau hostel dan semasa melangkah masuk ke dalam kelas, niatkan dalam hati dan semat dalam kepala, 
'Sahaja aku menuntut ilmu keranaMu Ya Allah, juga untuk ibu bapa dan diri sendiri.'
Mungkin korang kata berniat semua orang dah tahu, tapi ingat, bila kita dah pasang niat ni, inshaAllah tak ada rasa nak main-main dalam kelas. Tapi syaitan akan tetap menghasut, so kuatkan iman. Pandang lecturer dengan buku, jangan toleh tempat lain. Jangan main phone, kecuali lecturer izinkan atau memang kena guna phone untuk search sesuatu berkaitan dengan topik yang kau belajar. Hakikatnya, phone sentiasa ditangan aku.

2. Ajar Diri Supaya Berdisiplin

Bagi aku, disiplin sangat penting. Malam sebelum kelas, tolong kemas semua buku dengan alat tulis atau benda-benda lain yang kau wajib bawa esoknya. Kalau subjek matematik atau akaun, sah-sah kau kena ada kalkulator. Macam aku, kalkulator sentiasa ada dalam beg. Bukannya berat pun nak kena bawa setiap hari. Kalau aku tukar beg, memang selalu jadi kes tertinggal barang.

Yang kedua, sila sampai awal ke kelas. jangan buat lecturer tunggu kita. Aku pun pernah masuk kelas lambat, rasa bersalah dekat lecturer yang kena tunggu student. Tapi aku minta maaf & bagitahu kenapa lambat. Lecturer mesti faham, tapi kau janganlah sengaja-sengaja masuk lambat. Macam aku selalunya pakcik bas yang ambil kitorang lambat.

Yang ketiga, catat semua tarikh penting. E.g, tarikh untuk hantar assignment, tarikh untuk kuiz, presentation, dengan exercise. Nampak memang senang dan boleh dipandang remeh, tapi sekali kau terlupa..alamatnya nasi jadi buburlah nak. Lecturer ni, sangat mementingkan rules. Kalau dia kata assignment tu kena ada atas meja pukul 9 pagi pada tarikh sekian-sekian, kau memang kena ikut. Selain menampakkan diri kita ni bertanggungjawab dan berdisiplin, ia juga membuatkan lecturer kita rasa dihormati. Iyalah, sebab student ikut arahan dia..mestilah lecturer kita suka. Baru dia rasa seronok nak tanda kerja kita. Kalau nak best lagi, hantar kerja kita cantik-cantik. Guna plastic cover depan belakang, letak black tape, ikut format yang dia bagi (untuk assignment). Baru cun!


Macam ni murah sikit daripada guna comb ring tu. Aku selalu beli je black tape dengan plastic depan belakang tu, buat sendiri dekat hostel. Kalau dekat cc kolej kena beratur dan aku malas. Lagipun benda boleh buat, buat sendiri.

3.Pilih Tempat Yang Selesa.

Bagi aku tempat duduk ni mempengaruhi semangat aku nak belajar. Aku selesa duduk \ barisan kedua atau depan sekali. Kalau aku duduk belakang, maksudnya aku sampai kelas lambat atau subjek tu bosan. Jadi keputusan yang aku buat untuk bertapa dibelakang adalah sangat bagus sebab aku boleh curi-curi main phone atau tengok gelagat orang depan. Tapi tak bestlah buat macam tu, diri sendiri yang rugi.

4.Pasang Telinga & Buka Minda

Walaupun kau ada dalam kelas masa lecture, tak bermakna kau akan dengar seratus peratus apa yang lecturer kau cakapkan. Tak kiralah nak main phone macam aku ke, tengok gelagat orang ke, telinga tolong pasang. Minda tu buka sikit, maksudnya tumpukan pada apa yang lecturer cakap, biar apa yang diajar dekat depan masuk dalam kepala. Aku selalunya main phone atas meja je, sambil-sambil tu tangan dok tulis apa yang lecturer cakap. Kena pandai-pandailah. Jangan terus leka. Pay attention! Walaupun tangan dok ligat memadankan warna gula-gula candy crush, tumpuan harus diberikan juga. Aku macam berpengalaman bukan hehehe

5. Sentiasa Pegang Pen & Highlighter

Pencil case aku penuh dengan benda alah ni je. Macam-macam warna ada. So colorful, jadi buku aku pun nampak ceria. Selalunya kalau subjek banking, aku memang fokus betul-betul. Tak main phone sebab lecturer pun garang. Banyak yang aku kena ambil tahu dan faham. So, setiap apa yang lecturer terangkan dekat depan, aku akan tulis dekat tepi buku dan highlight keywords yang penting. Jadi senanglah untuk aku buat revision nanti. Pen berwarna-warni tu aku gunakan untuk melukis dan buat nota. Macam dekat bawah ni,

Ni subjek Bank Operations, serius weh, banyak kena ingat. Habis satu topik, aku terus buat nota. Nak exam, kumpulkan je semua. Senang.

6. Pindah Maklumat

Balik je dari kelas, lepas rehatkan diri, malamnya aku buat nota. Aku pindah balik maklumat-maklumat yang aku dah tulis tepi buku tu, keatas kertas baru. Aku guna A4 paper, bahagikan kepada 4 muka surat, lepas tu baru aku buat nota sendiri dan guna ayat sendiri. Cara macam ni lebih mudah untuk aku ingat. Siap ada gambar lagi. Comel je! Kawan-kawan aku selalu kata aku rajin sebab beria nau lukisnya, padahal mereka tidak tahu bahawa aku tersangatlah malas buat semua tu. Disebabkan aku tak suka guna buku untuk buat selak-selak sebelum masuk dewan exam, jadi aku terpaksa merajinkan diri huhuhu. Ada satu ujian tu aku buat, katanya aku jenis visual. So bila tengok gambar, aku lebih senang nak faham dan ingat.




Gambar belah kiri sekali, ada botol. haa tu syampu sunsilklah tu kononnya. aku bayangkan aktiviti jual beli syampu untuk topik fiqh and legal maxim ni. 

Sebenarnya setiap semestar, ada subjek yang aku tak suka. So aku gunalah enam-enam cara ni untuk bantu aku lulus exam. Bukannya susah pun nak berjaya, tapi diri aku yang malas dan cepat bosan. Dengan usaha macam nilah aku rasa senang sikit nak jawab exam. 

Tapi paling penting, dan sangat penting adalah Solat. Jaga hubungan baik dengan Allah, inshaAllah berjaya dunia akhirat. Hormat dan taat emak ayah, satu cara yang boleh buat kita berjaya. Jangan lupa juga, hormat semua orang yang mengajar kita dan hormat orang sekeliling. Harapnya tips yang aku kongsi ni dapatlah bantu walaupun macam tak membantu sangat. 

Kalau ada tips lain boleh kongsi dekat ruang komen. Lain orang lain cara, aku pun nak tahu juga tips yang korang guna. Sebab aku pun nak exam juga tak lama lagi ni. 

Thank you for reading this entry.