Friday 17 June 2016

Tips Untuk Lulus Peperiksaan Bagi Subjek Yang Membosankan. (Kolej)

Assalamualaikum. Pada bulan yang mulia ni, aku ada tips nak kongsi dengan semua terutama sekali pelajar-pelajar kolej.

Memandangkan aku dah berjaya tamat pengajian hujung tahun lepas, aku ambil Islamic Banking & Finance. Entah macam mana boleh lulus, aku pun tak tahu. Tapi rezeki Allah bagi, Alhamdulillah. Jadi antara tips yang aku ada adalah :

1. Niat

Sebelum keluar rumah atau hostel dan semasa melangkah masuk ke dalam kelas, niatkan dalam hati dan semat dalam kepala, 
'Sahaja aku menuntut ilmu keranaMu Ya Allah, juga untuk ibu bapa dan diri sendiri.'
Mungkin korang kata berniat semua orang dah tahu, tapi ingat, bila kita dah pasang niat ni, inshaAllah tak ada rasa nak main-main dalam kelas. Tapi syaitan akan tetap menghasut, so kuatkan iman. Pandang lecturer dengan buku, jangan toleh tempat lain. Jangan main phone, kecuali lecturer izinkan atau memang kena guna phone untuk search sesuatu berkaitan dengan topik yang kau belajar. Hakikatnya, phone sentiasa ditangan aku.

2. Ajar Diri Supaya Berdisiplin

Bagi aku, disiplin sangat penting. Malam sebelum kelas, tolong kemas semua buku dengan alat tulis atau benda-benda lain yang kau wajib bawa esoknya. Kalau subjek matematik atau akaun, sah-sah kau kena ada kalkulator. Macam aku, kalkulator sentiasa ada dalam beg. Bukannya berat pun nak kena bawa setiap hari. Kalau aku tukar beg, memang selalu jadi kes tertinggal barang.

Yang kedua, sila sampai awal ke kelas. jangan buat lecturer tunggu kita. Aku pun pernah masuk kelas lambat, rasa bersalah dekat lecturer yang kena tunggu student. Tapi aku minta maaf & bagitahu kenapa lambat. Lecturer mesti faham, tapi kau janganlah sengaja-sengaja masuk lambat. Macam aku selalunya pakcik bas yang ambil kitorang lambat.

Yang ketiga, catat semua tarikh penting. E.g, tarikh untuk hantar assignment, tarikh untuk kuiz, presentation, dengan exercise. Nampak memang senang dan boleh dipandang remeh, tapi sekali kau terlupa..alamatnya nasi jadi buburlah nak. Lecturer ni, sangat mementingkan rules. Kalau dia kata assignment tu kena ada atas meja pukul 9 pagi pada tarikh sekian-sekian, kau memang kena ikut. Selain menampakkan diri kita ni bertanggungjawab dan berdisiplin, ia juga membuatkan lecturer kita rasa dihormati. Iyalah, sebab student ikut arahan dia..mestilah lecturer kita suka. Baru dia rasa seronok nak tanda kerja kita. Kalau nak best lagi, hantar kerja kita cantik-cantik. Guna plastic cover depan belakang, letak black tape, ikut format yang dia bagi (untuk assignment). Baru cun!


Macam ni murah sikit daripada guna comb ring tu. Aku selalu beli je black tape dengan plastic depan belakang tu, buat sendiri dekat hostel. Kalau dekat cc kolej kena beratur dan aku malas. Lagipun benda boleh buat, buat sendiri.

3.Pilih Tempat Yang Selesa.

Bagi aku tempat duduk ni mempengaruhi semangat aku nak belajar. Aku selesa duduk \ barisan kedua atau depan sekali. Kalau aku duduk belakang, maksudnya aku sampai kelas lambat atau subjek tu bosan. Jadi keputusan yang aku buat untuk bertapa dibelakang adalah sangat bagus sebab aku boleh curi-curi main phone atau tengok gelagat orang depan. Tapi tak bestlah buat macam tu, diri sendiri yang rugi.

4.Pasang Telinga & Buka Minda

Walaupun kau ada dalam kelas masa lecture, tak bermakna kau akan dengar seratus peratus apa yang lecturer kau cakapkan. Tak kiralah nak main phone macam aku ke, tengok gelagat orang ke, telinga tolong pasang. Minda tu buka sikit, maksudnya tumpukan pada apa yang lecturer cakap, biar apa yang diajar dekat depan masuk dalam kepala. Aku selalunya main phone atas meja je, sambil-sambil tu tangan dok tulis apa yang lecturer cakap. Kena pandai-pandailah. Jangan terus leka. Pay attention! Walaupun tangan dok ligat memadankan warna gula-gula candy crush, tumpuan harus diberikan juga. Aku macam berpengalaman bukan hehehe

5. Sentiasa Pegang Pen & Highlighter

Pencil case aku penuh dengan benda alah ni je. Macam-macam warna ada. So colorful, jadi buku aku pun nampak ceria. Selalunya kalau subjek banking, aku memang fokus betul-betul. Tak main phone sebab lecturer pun garang. Banyak yang aku kena ambil tahu dan faham. So, setiap apa yang lecturer terangkan dekat depan, aku akan tulis dekat tepi buku dan highlight keywords yang penting. Jadi senanglah untuk aku buat revision nanti. Pen berwarna-warni tu aku gunakan untuk melukis dan buat nota. Macam dekat bawah ni,

Ni subjek Bank Operations, serius weh, banyak kena ingat. Habis satu topik, aku terus buat nota. Nak exam, kumpulkan je semua. Senang.

6. Pindah Maklumat

Balik je dari kelas, lepas rehatkan diri, malamnya aku buat nota. Aku pindah balik maklumat-maklumat yang aku dah tulis tepi buku tu, keatas kertas baru. Aku guna A4 paper, bahagikan kepada 4 muka surat, lepas tu baru aku buat nota sendiri dan guna ayat sendiri. Cara macam ni lebih mudah untuk aku ingat. Siap ada gambar lagi. Comel je! Kawan-kawan aku selalu kata aku rajin sebab beria nau lukisnya, padahal mereka tidak tahu bahawa aku tersangatlah malas buat semua tu. Disebabkan aku tak suka guna buku untuk buat selak-selak sebelum masuk dewan exam, jadi aku terpaksa merajinkan diri huhuhu. Ada satu ujian tu aku buat, katanya aku jenis visual. So bila tengok gambar, aku lebih senang nak faham dan ingat.




Gambar belah kiri sekali, ada botol. haa tu syampu sunsilklah tu kononnya. aku bayangkan aktiviti jual beli syampu untuk topik fiqh and legal maxim ni. 

Sebenarnya setiap semestar, ada subjek yang aku tak suka. So aku gunalah enam-enam cara ni untuk bantu aku lulus exam. Bukannya susah pun nak berjaya, tapi diri aku yang malas dan cepat bosan. Dengan usaha macam nilah aku rasa senang sikit nak jawab exam. 

Tapi paling penting, dan sangat penting adalah Solat. Jaga hubungan baik dengan Allah, inshaAllah berjaya dunia akhirat. Hormat dan taat emak ayah, satu cara yang boleh buat kita berjaya. Jangan lupa juga, hormat semua orang yang mengajar kita dan hormat orang sekeliling. Harapnya tips yang aku kongsi ni dapatlah bantu walaupun macam tak membantu sangat. 

Kalau ada tips lain boleh kongsi dekat ruang komen. Lain orang lain cara, aku pun nak tahu juga tips yang korang guna. Sebab aku pun nak exam juga tak lama lagi ni. 

Thank you for reading this entry.

No comments:

Post a Comment