Tuesday 27 September 2016

Another Popular Korean Food, Spicy Rice Cake


Assalamualaikum. Hello there!

Minggu lepas aku cerita pasal makanan korea, kali ni pun sama juga. Sejak beberapa hari ni tekak asyik nak makan benda-benda macamtu. Nak beli tu boleh, tapi harga agak mahal untuk hidangan yang agak kecil *ni pendapat aku je sebab bagi aku kalau benda tu boleh buat sendiri, aku tak nak membazir beli dekat luar.



Masa tengah santai-santai waktu petang sambil main phone tu, aku cakaplah dekat mak yang aku teringin nak makan tteokbokki lagi. Mak aku cakap boleh je kalau nak, tapi kena buatlah rice cakenya sebab nak beli, kena pergi Aeon. Malas nak bersiap semata beli benda tu. So kitorang buat sendiri.

Bahan-bahan untuk rice cake. I will link it down below.

1. 2 cawan tepung beras dan 3/4 cawan air.
2. Gaul sampai sebati, tutup dengan plastik tapi biarkan ada ruang udara sikit.
3. Panaskan dalam microwave selama 2 minit.
4. Keluarkan dan gaul lagi kemudian panaskan lagi selama 2 minit.
5. Baru gaul lagi sampai sebati dan jadikan macam hotdog. Potonglah kecil-kecil atau besar. Suka hati nak saiz macam mana.

Jadilah macam ni. Aku google je ye. Sebab masa kat dapur hari tu tak sempat nak ambil gambar. Tangan sibuk dok bentukkan rice cake.



Bila dah siap, boleh simpan dalam peti ais. Kalau nak makan macam tu pun boleh. Tapi tawalah. Mana ada garam ke, gula ke.

Untuk kuahnya pula, bak kata Maangchi, untuk dapatkan tteokbokki yang sedap, kuahnya kena betul. Baru kaw!

Bahan-bahan untuk kuah. Excuse my drawings :D


Tak terang pula gambar, okey aku tulis balik

1. 4 cawan air
2. 7 ekor ikan bilis
3. Sekeping dashima (aku tak ada, jadi tak pakai)
4. secawan setengah gochujang
5. satu sudu hot pepper flakes
6. satu sudu brown sugar.

(no 4, 5, dan 6 gaulkan sekali.)

Cara-cara :

Didihkan air dengan ikan bilis.

Sebelum masukkan sos yang dicampur tadi, pancing keluar dulu ikan-ikan bilis tu. Kita nak rasa ikan je sebenarnya.

Masukkan rice cake sekali dengan sos. Bila dah sebati kuah tu, masukkan fish ball, fish cake atau apa-apa je yang korang nak letak. Selera masing-masing. Aku tak letak pun daun bawang, tak ada dalam peti ais. 

let it sit in the pan for about 10 minutes. Keep stiring until the sauce get thicken.



SIAP!! 



The sauce will keep thicken so please make sure to reheat your tteokbokki, tuangkan air sikit.

These are the links : Resepi asalnya adalah daripada Maangchi.
1. Garaeddeok
2. Tteokbokki

Thank you for reading this entry. Kalau dah cuba, komen-komenlah bagi pendapat. Sedap ke tidak :)

Sunday 18 September 2016

Kimchi Fried Rice.

Assalamualaikum dan hai.

Entri terakhir aku 19 June hari tu. Memang dah lama tak tulis apa-apa dekat blog. Sebab tak ada benda menarik yang nak dikongsikan.

Tapi hari ni aku nak kongsi resepi nasi goreng kimchi. For those yang pernah tengok drama korea, mesti korang tahu akan ada scene makan-makan. Aku tak boleh nafikan yang makanan diorang boleh buat perut rasa lapar. Tak payah tengok yang sedap-sedap, ramen dia pun dah boleh buat terliur. Pada aku mungkin sebab warna ramen dia merah agaknya, dia punya kuah tu yang buat selera.

Tapi tak nak cerita pasal ramen, oh tapi aku dah cuba samyang yang orang dok buat ramen challenge tu. Tak pedas sangat, aku dah makan 3 paket, masih tak dapat rasa ayamnya. Musykil pula. Bolehlah setakat nak hilangkan rasa teringin kat tekak daripada aku dok tengok orang merasa, baik aku cuba.

Aku cuba resepi daripada Maangchi. Kalau korang buka youtube dan search korean recipe, kebarangkalian  untuk video dia muncul sangat tinggi. She's a good cook dan resepi-resepi dia semuanya mudah. Satu video, boleh cecah 2M views. Go and subscribe her channel.

Minggu lepas, mak aku ajak beli barang dapur, sekaligus cari bahan-bahan untuk buat kimchi. Aku beli gochujang. Benda ni basic lah untuk masakan korea. Kalau kita ni guna cili boh. Tapi gochujang ni adalah serbuk cili yang dicampur dengan beras pulut. Rasa dia agak masam dan sedikit masin. Pedas sikit je.


 Inilah gochujang. Aku google je, malas nak ambil gambar yang dalam fridge tu. Credit to owner :)

Tadi aku dah masak nasi goreng tu. 70% sama macam resepi asal. Kalau yang original, kena tengok video maangchi. Nanti aku letak link kat bawah.



1. Potong kimchi (kubis panjang yang dah diperap dengan gochujang, air tepung, serbuk cili, bawang putih, daun bawang, garam dan lobak). Anggaran dalam 1 cawan kimchi.
 
2. Api kecil, stir fry kimchi tu sampai air kimchi tu hilang atau kering. Dalam 10 minit, biar kimchi tu sorang-sorang dalam pan.

3. Masukkan nasi. (1 senduk setengah.) Gaul sampai rata.

4. Lepas nasi dan kimchi sebati, masukkan air kimchi 3 hingga 4 sudu. Bergantung, kalau nak masam, masukkan lebih.

5. Gaul lagi, dan tambahkan 3 sudu sos tiram. Aku tak tahu kenapa, maybe lagi sedap. So aku bubuh je. (Aku tambah cili hijau juga.)

6. Gaul, dan biar lagi 5 minit. Kalau nak masin tambah garam. Nak sedap lagi letak ajinomoto. Kemudian letak 1 sudu gochujang dan tabur bijan. Boleh makan.



Kesuluruhannya, aku kenyang. Sedap. Cuma tak pedas. Mungkin sebab tekak melayu, aku nak pedas cili kering. Apa-apa pun, aku puas hati sebab dapat cuba sendiri. Nasi ni agak masam sebab kimchi, dan masin sebab gochujang. Lepas ni, aku tak payah susah-susah cari kedai yang jual makanan ni sebab dah boleh buat dekat rumah. Basic nak masak korean food adalah kimchi dan gochujang, kau kena ada dua ni. Lepas ni aku nak try tteokboki pula.

Sebelum lupa, link video Maangchi. https://www.youtube.com/watch?v=Lf44Fk7H24s

Thank you for reading this entry. Mungkin nanti aku akan kongsi resepi ayam goreng pedas korea.