Sunday 18 September 2016

Kimchi Fried Rice.

Assalamualaikum dan hai.

Entri terakhir aku 19 June hari tu. Memang dah lama tak tulis apa-apa dekat blog. Sebab tak ada benda menarik yang nak dikongsikan.

Tapi hari ni aku nak kongsi resepi nasi goreng kimchi. For those yang pernah tengok drama korea, mesti korang tahu akan ada scene makan-makan. Aku tak boleh nafikan yang makanan diorang boleh buat perut rasa lapar. Tak payah tengok yang sedap-sedap, ramen dia pun dah boleh buat terliur. Pada aku mungkin sebab warna ramen dia merah agaknya, dia punya kuah tu yang buat selera.

Tapi tak nak cerita pasal ramen, oh tapi aku dah cuba samyang yang orang dok buat ramen challenge tu. Tak pedas sangat, aku dah makan 3 paket, masih tak dapat rasa ayamnya. Musykil pula. Bolehlah setakat nak hilangkan rasa teringin kat tekak daripada aku dok tengok orang merasa, baik aku cuba.

Aku cuba resepi daripada Maangchi. Kalau korang buka youtube dan search korean recipe, kebarangkalian  untuk video dia muncul sangat tinggi. She's a good cook dan resepi-resepi dia semuanya mudah. Satu video, boleh cecah 2M views. Go and subscribe her channel.

Minggu lepas, mak aku ajak beli barang dapur, sekaligus cari bahan-bahan untuk buat kimchi. Aku beli gochujang. Benda ni basic lah untuk masakan korea. Kalau kita ni guna cili boh. Tapi gochujang ni adalah serbuk cili yang dicampur dengan beras pulut. Rasa dia agak masam dan sedikit masin. Pedas sikit je.


 Inilah gochujang. Aku google je, malas nak ambil gambar yang dalam fridge tu. Credit to owner :)

Tadi aku dah masak nasi goreng tu. 70% sama macam resepi asal. Kalau yang original, kena tengok video maangchi. Nanti aku letak link kat bawah.



1. Potong kimchi (kubis panjang yang dah diperap dengan gochujang, air tepung, serbuk cili, bawang putih, daun bawang, garam dan lobak). Anggaran dalam 1 cawan kimchi.
 
2. Api kecil, stir fry kimchi tu sampai air kimchi tu hilang atau kering. Dalam 10 minit, biar kimchi tu sorang-sorang dalam pan.

3. Masukkan nasi. (1 senduk setengah.) Gaul sampai rata.

4. Lepas nasi dan kimchi sebati, masukkan air kimchi 3 hingga 4 sudu. Bergantung, kalau nak masam, masukkan lebih.

5. Gaul lagi, dan tambahkan 3 sudu sos tiram. Aku tak tahu kenapa, maybe lagi sedap. So aku bubuh je. (Aku tambah cili hijau juga.)

6. Gaul, dan biar lagi 5 minit. Kalau nak masin tambah garam. Nak sedap lagi letak ajinomoto. Kemudian letak 1 sudu gochujang dan tabur bijan. Boleh makan.



Kesuluruhannya, aku kenyang. Sedap. Cuma tak pedas. Mungkin sebab tekak melayu, aku nak pedas cili kering. Apa-apa pun, aku puas hati sebab dapat cuba sendiri. Nasi ni agak masam sebab kimchi, dan masin sebab gochujang. Lepas ni, aku tak payah susah-susah cari kedai yang jual makanan ni sebab dah boleh buat dekat rumah. Basic nak masak korean food adalah kimchi dan gochujang, kau kena ada dua ni. Lepas ni aku nak try tteokboki pula.

Sebelum lupa, link video Maangchi. https://www.youtube.com/watch?v=Lf44Fk7H24s

Thank you for reading this entry. Mungkin nanti aku akan kongsi resepi ayam goreng pedas korea.

3 comments:

  1. Wahh..Jarang jumpa resepi macam ni. Peminat Korean ye. nak survey tempat carik bahan-bahan tu, especially yang nama korean. Well, nice entri.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih baca :) saya suka tgk drama diorg. Bahan2 ni awk boleh cari dekat aeon. Sbb aeon byk jual korean products.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih baca :) saya suka tgk drama diorg. Bahan2 ni awk boleh cari dekat aeon. Sbb aeon byk jual korean products.

    ReplyDelete